Tuesday, August 26, 2008

Ancaman kepada mereka yang tidak berjihad

HADITH-HADITH TENTANG JIHAD
DAN ANCAMAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKANNYA



1. Sabda Nabi SAW:



انتدب الله لمن خرج فى سبيله لا يخرجه إلا إيمان بى وتصديق برسلي أن أرجعه بما نالمن أجر أو غنيمة أو أدخله الجنة ولو لا أن أشق على أمتى ما قعدت خلف سرية ولوددت أنى أقتل فى سبيل الله ثم أحيا ثم أقتل ثم أحيا ثم أقتل

Maksudnya: Allah telah menjamin bagi mereka yang berangkat di jalan Allah, dia tidak keluar (untuk berjuang ) melainkan keimanannya kepada Allah SWT dan (kerana) ia membenarkan rasul-rasulku agar aku mengembalikannya ke (rumah mereka) dengan pahala atau rampasan perang atau memasukkannya ke dalam syurga. Andaikata tidak menjadi keberatan kepada ummatku, nescaya aku tidak pernah ketinggalan didalam peperangan, dan aku sangat berharap terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh, kemudian dihidupkan dan kemudian dibunuh.[1]



2. Sabda Nabi SAW



مثل المجاهد فى سبيل الله كمثل الصائم القائم القانت بـأيات الله لا يفتر من صيام ولا صلاةحتى يرجع المجاهد فى سبيل الله تعالى وتوكل الله للمجاهد فى سبيله بأن يتوفاه أن

يدخله الجنة أو يرجعه سالما مع أجرأو غنيمة

Maksudnya: Perempumaan orang yang berjihad pada jalan Allah seperti orang yang berpuasa, bangun diwaktu malam dan berdiri khusyuk membaca ayat-ayat Allah, (Mereka) tidak berhenti dari berpuasa dan sembahyang sehingga orang yang berjihad dijalan Allah itu kembali pulang. Allah telah menjamin mujahid yang berjihad di jalannya, dia akan memasukkannya ke syurga jika Allah mematikannya atau memulangkannya dalam keadaan selamat dengan membawa pahala atau juga rampasan perang.[2]



3. Sabda Nabi SAW:



غدوة في سبيل الله أو روحة خيرمن الدنيا وما فيها

Maksudnya: Sekali keberangkatan jihad di jalan Allah diwaktu pagi dan petang adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.[3]



4. Sabda Nabi SAW:



أيما عبد من عبادي خرج مجاهدا في سبيلى ابتغاء مرضاتي ضمنت له
أن اروجعه إن أرجعتهبما أصاب من أجر أو غنيمة وإن قبضته أن أغفرله وأرحمه وأدخله الجنة

Maksudnya: Mana-mana hamba yang berangkat berjihad di jalanku demi mencari keredhaanku, aku menjamin akan memulangkannya dengan membawa pahala atau rampasan perang dan jika aku mematikannya, maka aku akan mengampuni, merahmati dan memasukkannya ke dalam syurga.[4]



5. Sabda Nabi SAW



جاهدوا في سبيل الله فإن الجهاد باب من أبواب الجنة عظيم ينجى الله تبارك وتعالى به من الغم والهم



Maksudnya: Hendaklah kamu semua berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad di jalan Allah adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga yang agung, dengannya Allah menyelamatkan dari kecemasan dan kesedihan.[5]



6. Sabda Nabi SAW:



إن في الجنة مائة درجة أعدها الله للمجاهدين فى سبيل الله ما بين الدرجتين كما بينالسماء والأرض فإذا سألتم الله فاسألوه الفردوس فإنه أوسط

الجنة وأعلى الجنة وفوقه عرش الرحمن ومنه تفجرأنهار الجنة



Maksudnya:Di syurga ada seratus tingkat yang telah disediakan Allah bagi para mujahid yang berjihad di jalan Allah. Jarak diantara satu tingkatan dengan tingkatan yang lain sejauh jarak antara langit dan bumi.Maka jika kamu bermohon kepada Allah, mohonlah kepadanya syurga firdaus, kerana syurga firdaus adalah syurga yang paling utama dan paling tinggi, diatasnya ada Arsy Ar-Rahman dan dari situ memancarnya sungai-sungai syurga.[6][1] Al-Bukhari (36) Al-Iman, Bab: Jihad adalah sebahagian dari iman[2] Al-Bukhari (2787) Al-Jihad.[3] Al-Bukhari (2892) Al-Jihad[4] An-Nasa’ie (3126) Al-Jihad[5] Ahmad (V/314,316).

CALENDER